Peranan Tuhan dan vaksin Zionis

Iklan

MAKALAH ini ditulis sebaik-baik sahaja pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 disambung dua minggu lagi berkuat kuasa 15 Jun hingga 28 Jun 2021. Hingga Khamis 10 Jun lalu, jumlah kes harian masih melebihi 5,000 sehari sementara purata kes baharu ialah 6,871. Ini merupakan antara kes baharu per juta populasi terburuk di dunia.

Pada sekitar 29 Mei 2021, berita di akhbar mengatakan bahawa sukses PKP 3.0 yang akan dimulakan berada sepenuhnya di tangan insan. Ini adalah satu kenyataan takabur. Manakah peranan Tuhan? Kita yang mengimani Tuhan berasa seram setiap kali laungan perang terhadap virus SARS-CoV-2 dan Covid-19 penyakitnya dilaungkan tanpa memohon hidayah, rahmah dan syifa daripada Tuhan. Seolah-olah insan boleh berjaya tanpa keizinan Tuhan. Daripada pekikan perang pertama"Kita Mesti Menang!” oleh para petugas barisan hadapan pada sekitar Mac-April 2020 hinggalah kini, banyak kali peranan dan nama Tuhan dilupakan.

Iklan
Iklan

Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) wajib bekerjasama dengan bukan sahaja pihak swasta tetapi dengan kumpulan pakar perubatan-kesihatan di luar lingkungan pakar KKM. Cara lain yang telah terbukti berjaya di negara lain mestilah dipertimbang dan dilaksanakan.

Kita tidak boleh mengulangi cara yang sama dalam menangani krisis Covid-19 ini dan mengharapkan natijah yang lain. Sikap itu sama dengan ketidakmatangan, jika bukan ketidakwarasan di pihak mereka yang merancang.

Iklan

Kita tidak mahu kerajaan yang angkuh dan tidak diberkati oleh ALLAH SWT. Seiringan dengan itu kita tidak juga mahu rakyat yang sombong yang tidak dirahmati oleh-Nya. Kepada Allah Maha Mengetahui, Maha Melihat dan Penyembuh Agung kita memohon bantuan serta meletakkan harapan. Itulah usaha dan doa kita, dengan cara yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW.

Kontroversi mengenai vaksin mungkin berterusan hingga ke zaman munculnya Imam Mahadi.

Iklan

Adalah dipercayai oleh segelintir umat manusia dan sebahagian umat Islam bahawa virus pembawa Covid-19 berpunca daripada dua sebab utama. Pertama, kumpulan makmal China pembiak virus ini telah kebocoron. Maka kini virus ini terus berterbangan dan bermaharajalela di seantero dunai. Kedua, penciptaan virus dan penyakitnya adalah hasil perancangan Zionis, musuh kemanusiaan. Maka penggunaan vaksinnya juga adalah perancangan Zionis Yahudi untuk melemah dan memusnahkan umat manusia, dan melestarikan umat Yahudi. Ada juga yang mempercayai bahawa Amerika Syarikat berada di belakang tabir segala-galanya.

Perancangan

Jika vaksin Covid-19 ialah satu perancangan Zionis, mengapakah seluruh populasi Zionis Israel berbondong-bondong dan bergegas mengambil vaksinasi? Mengapakah golongan antivaksin Yahudi ultra-ortodoks Haredim yang bermati-matian menentang vaksin akhirnya terpaksa pasrah dan menerima vaksinasi ciptaan antarabangsa yang terkenal daripada pemerintah Zionis Israel? Lantas kadar jangkitan Covid-19 dalam kalangan mereka terus berkurangan.

Dalam masa sama, ‘warga Israel’ berketurunan Arab dibiarkan lambat di belakang kerana umat Arab ini dikatakan perlu disantuni oleh puak Fatah yang bertanggungjawab di Tebing Barat. Jika Covid-19 dan vaksinnya perancangan Zionis, paling bagus jika umat Arab divaksinasi dulu supaya mereka menjadi lemah dan akhirnya terhapus.

Pada sekitar jam 10 pagi 12 Jun 2021, menurut laman sesawang https://www.worldometers.info/coronavirus/, Israel berada di tangga 31 dalam rekod kes paling banyak Covid-19 di dunia. Jumlah kumulatif kes baharu di Israel ialah 23 dan tiada kematian. Sementara itu, Malaysia yang berada di tangga 39, mempunyai jumlah kes baharunya sebanyak 6,849 dengan 84 kematian.

* Profesor Datuk Dr Mohamed Hatta Shaharom ialah Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Ikram Malaysia