Copa America: Brazil tiada masalah 'samba' Venezuela

Iklan
Neymar turut mencetak gol ketika membantu Brazil mengalahkan Venezuela dalam aksi pembukaan Copa America 2021 di Sao Paulo.

PENYANDANG juara, Brazil memulakan misi mempertahankan kejuaraan kejuaraan Copa America 2021 langkah kanan apabila mudah mengatasi Venezuela, 3-0 di Stadium Nacional, Sao Paulo sebentar tadi.

Pada aksi Kumpulan A itu, jaringan Marquinhos pada minit 22, Neymar (63') dan Gabriel Barbosa (89') sudah cukup membolehkan gergasi dunia The Selecao kendalian Tite tersebut meraih tiga mata.

Iklan
Iklan

Untuk rekod, pertemuan terakhir kedua-dua pasukan pada November 2020 lalu dalam kempen kelayakan Piala Dunia, menyaksikan skuad Samba menang 1-0 hasil jaringan bintang sensasi Liverpool, Roberto Firmino.

Saingan Copa America kali ini menyaksikan Brazil yang juga juara 2019 diundi dalam Kumpulan A bersama Venezuela, Colombia, Ecuador dan Peru.

Iklan

Sementara itu, Argentina diundi bersama Uruguay, Chile, Paraguay dan Bolivia dalam Kumpulan B.

Brazil dipilih tuan rumah kejuaraan berprestij bola sepak benua Amerika Selatan tersebut pada saat akhir berikutan ketegangan politik di Colombia selain penularan kes Covid-19 di Argentina.

Iklan