Euro 2020: England perlu lebih garang

Iklan
Sterling (kanan) meraikan jaringan The Three Lions ketika berdepan Croatia pada aksi Euro 2020 di Stadium Wembley.

RAHEEM Sterling menegaskan England perlu lebih garang menjelang dua baki perlawanan kumpulan selepas sekadar melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Croatia pada aksi Euro 2020, pada Ahad.

Malah menurut Sterling, The Three Lions yang berstatus keempat dunia masih belum menemui rentak sebenar mereka ketika menjinakkan pasukan ranking ke-14 dunia tersebut.

Iklan
Iklan

"Sejujurnya semua pemain-pemain England teruja dengan kemenangan ke atas Croatia apatah lagi ia perlawanan pertama pasukan pada kempen ini yang mana tiga mata adalah penting.

"Semua pemain-pemain memberikan sepenuhnya komitmen, berdisipilin dan paling penting bermain sebagai satu pasukan sepanjang perlawanan ini yang merupakan elemen penting.

Iklan

"Kami tampil dengan pakej sebenar bola sepak England apabila semua pemain mengetahui peranan masing-masing dalam setiap situasi perlawanan ini.

"Semua pemain melakukan tugasan terbaik, namun masih perlu kekal fokus mengekalkan mentaliti kemenangan untuk perlawanan seterusnya kerana saingan baru sahaja bermula," kata peledak England tersebut.

Iklan

Pada aksi Kumpulan D di Stadium Wembley itu, pemain Manchester City berusia 26 tahun tersebut membalas kepercayaan Gareth Southgate apabila meledak gol minit ke-57, yang merupakan gol tunggal perlawanan berkenaan.

Kemenangan itu membolehkan skuad kendalian Southgate mengemudi kumpulan dengan tiga mata selepas mengharungi satu perlawanan.

Sementara itu dalam perkembangan berasingan, Persatuan Bola Sepak (FA) England telah mengarahkan semua pemain The Three Lions menjalani ujian kesihatan sebelum kejohanan berprestij bola sepak benua Eropah tersebut bermula.

Menurut sumber, pemain-pemain perlu menjalani ujian tersebut bagi mengelakkan insiden berlaku terhadap bintang Denmark, Christian Eriksen yang rebah semasa aksi menentang Finland berulang pada masa depan.

"Polisi ini adalah bagi memantau secara kerap status kesihatan pemain senior Three Lions, termasuk juga dalam kalangan pemain pelbagai peringkat usia," katanya.