SHAH ALAM - Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim mencadangkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperluaskan perspektif ubat-ubatan anti Covid-19.
Beliau berkata, negara luar seperti Bangladesh, Brazil dan beberapa negara lain sudah memperakui Ivermactin sebagai ubat berkesan dijadikan sebagai anti Covid-19.
Iklan
Iklan
"Elok pihak berkuasa KKM mula perluaskan perspektif ubatan anti Covid. Kalau Bangladesh, Brazil dan lain-lain sudah perakukan Ivermactin ini berkesan sebagai anti Covid.
"Berilah ruang percubaan di Malaysia. Ubat ini murah saja. Jodoh menunggu pertemuan. Penyakit menunggu ubat yang serasi," ciapnya di laman Twitternya pada Isnin.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) pada 31 Mei lalu memulakan ujian klinikal bagi Ivermectin untuk merawat pesakit Covid-19 yang berisiko tinggi di 12 hospital di bawah kementerian itu.
Ivermectin iaitu sejenis ubat antiparasit yang diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) digunakan secara meluas bagi merawat beberapa penyakit tropika terabai termasuk onchocerciasis, strongyloidiasis dan helminthiases.
Katanya, FDA tidak meluluskan penggunaan Ivermectin bagi merawat dan mencegah Covid-19 ke atas manusia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hanya mengesyorkan penggunaan ubat itu dalam ujian klinikal, yang mana pesakit perlu dipantau dengan teliti oleh doktor pakar serta penyelidik berpengalaman.
ARTIKEL BERKAITAN: KKM mulakan ujian klinikal penggunaan Ivermectin rawat pesakit Covid-19
Artikel Berkaitan