Ahmad Nazim dilantik Ketua Eksekutif LTAT baharu

Iklan
Ahmad Nazim

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) pada Isnin mengumumkan pelantikan Datuk Ahmad Nazim Abdul Rahman sebagai Ketua Eksekutif baharunya, berkuat kuasa Selasa.

Pengerusi LTAT, Jeneral (B) Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin dalam kenyataan pada Isnin berkata, Ahmad Nazim mempunyai pengalaman luas di dalam sektor korporat dan pelaburan di beberapa pusat kewangan terkemuka dunia.

Iklan
Iklan

"Ahmad Nazim memainkan peranan penting menerajui inisiatif transformasi serta memacu hala tuju LTAT sebagai sebuah dana persaraan yang mampan dan berdaya saing yang akan membawa perspektif baru bagi menjayakan pelaksanaan strategi transformasi LTAT, ” katanya.

Datuk Ahmad Nazim mengambil alih teraju LTAT daripada Datuk Seri Amrin Awaluddin yang meletakkan jawatan pada 30 April lepas selepas dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Tabung Haji yang baharu.

Iklan

Beliau mempunyai pengalaman profesional selama 20 tahun dalam bidang pengurusan korporat, kewangan korporat dan pelaburan.

"Sebelum berkhidmat dengan LTAT, beliau bertugas sebagai Pengarah Urusan bagi rantau Asia Tenggara bersama firma pelaburan dan penasihat, Allied Investment Partners yang beroperasi di Singapura dan Emiriyah Arab Bersatu,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Datuk Ahmad Nazim yang juga aktif dalam penulisan sebagai kolumnis akhbar The Edge Malaysia, dengan banyak menyuarakan pandangan tentang hal ehwal ekonomi dan kaitannya masyarakat. - Bernama