PUTRAJAYA - Keputusan peperiksaan Siji Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2020 akan diumumkan jam 10 pagi Khamis ini.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataannya berkata, calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui pautan myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh.
Iklan
Iklan
Semakan juga boleh dibuat menerusi perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) bagi mendapatkan ringkasan keputusan.
"Taip STAMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 68886," katanya pada Isnin.
KPM berkata, perkhidmatan tersebut akan diaktifkan mulai jam 10 pagi, Khamis dan akan ditamatkan jam 6 petang pada 23 Jun 2021.
"Bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet pula, pihak jabatan pendidikan negeri atau pejabat pendidikan daerah akan mengenal pasti calon persendirian tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan," katanya.
Seramai 7,277 calon menduduki peperiksaan bertulis STAM 2020 bermula Mac hingga April lalu di 236 pusat peperiksaan seluruh negara.