SEMENYIH - Dua beranak kurang upaya di Kampung Batu 3, di sini bersyukur apabila masalah kesihatan yang ditanggung mereka mendapat perhatian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Demikian yang diluahkan Mohd. Idrus Ahmad, 51, ketika menerima kunjungan Setiausaha Politik, Abu Bakar Yahya bersama-sama calon PH, PRK DUN Semenyih, Muhammad Aiman Zainali.
Iklan
Iklan
Menurut Mohd. Idrus, dia menderita akibat masalah buah pinggang sejak tiga tahun lalu dan lebih menyedihkan anaknya, Mohd. Bukhari, 17, merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang cacat sejak lahir.
"Alhamdulillah, penderitaan kami ini mendapat perhatian daripada Perdana Menteri dan calon PH. Sekurang-kurangnya bebanan yang kami tanggung ini dapat diringankan.
"Ketika ini hanya anak-anak lain yang lain membantu dari segi kewangan termasuklah biaya rawatan, tetapi mereka (anak-anak lain) bukan orang senang," katanya dengan nada perlahan.
Sementara itu, Abu Bakar turut menyampaikan bantuan kepada Mohd. Idrus dan keluarganya.