Majikan diminta guna pengangkutan sesuai bawa pekerja

Iklan
Gambar tular di media sosial menunjukkan sekumpulan warga asing positif Covid-19 dibawa menaiki lori di sekitar Sungai Petani Kedah.

SHAH ALAM - Semua majikan diminta agar menggunakan pengangkutan yang sesuai untuk membawa pekerja mereka bagi tujuan saringan Covid-19 atau kuarantin.

Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam satu kenyataan berkata, penggunaan mod pengangkutan yang sesuai itu bagi menjamin keselamatan serta kesejahteraan pekerja dan orang awam.

Iklan
Iklan

"KSM turut menggesa para majikan untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung penularan wabak Covid-19 dalam kalangan pekerja ketika tempoh mencabar ini.

"KSM sama sekali tidak akan berkompromi terhadap mana-mana majikan yang melanggar undang-undang," kata kenyataan itu pada Isnin.

Iklan

Sementara, KSM menerusi kenyataan sama berkata, pihaknya mengambil serius mengenai kes tersebut.

Menurutnya, KSM akan meneliti perkara itu bersama Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP).

Iklan

"Antara yang akan dikaji ialah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) serta Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) bagi membendung penularan jangkitan wabak Covid-19 dalam kalangan pekerja terutamanya warga asing," katanya.

Pada Ahad, tular di media sosial sebuah lori yang dikesan membawa kira-kira 40 warga asing dilihat memakai gelang merah jambu di Sungai Petani, Kedah.

Rakaman melalui gambar dan video yang dimuat naik beberapa pengguna laman sosial itu menunjukkan kesemua penumpang berdiri dalam lori tersebut.

Difahamkan, kesemua mereka adalah pekerja di sebuah kilang yang disahkan positif Covid-19 untuk dibawa ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda.

Bagaimanapun lori terbabit berjaya ditahan polis berhampiran Sungai Lalang, Kuala Muda.

ARTIKEL BERKAITAN: JKN Kedah sahkan arah pekerja kilang proses ayam dibawa ke PKD

Tular lori bawa 135 pekerja asing positif Covid-19