78 peratus rasa selamat untuk keluar ‘dating’ selepas divaksin

Iklan
Kajian mendapati 78 peratus individu bujang berasa lebih selamat untuk keluar janji temu dengan pasangan yang telah divaksin. - Foto 123RF

SHAH ALAM - Kajian mendapati 78 peratus individu bujang berasa lebih selamat untuk keluar janji temu dengan pasangan yang telah menerima suntikan vaksin Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Lunch, Violet Lim berkata, kajian tersebut dilakukan kepada 500 golongan bujang untuk mengetahui sama ada Covid-19 dan vaksinasi memberi kesan kepada pilihan untuk janji temu.

Iklan
Iklan

"Sebanyak 43 peratus individu bersetuju penting untuk bakal pasangan mereka mengambil vaksin dan 78 peratus berasa selamat untuk janji temu jika sudah mengambil vaksin.

"Walaupun kebanyakan golongan bujang berpendapat bahawa janji temu dengan pasangan yang sudah mengambil vaksin memberi ketenangan, namun keputusan menunjukkan majoriti masih bersedia untuk berjumpa dengan bakal pasangan yang belum divaksin,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Kajian tersebut merangkumi 56 peratus lelaki serta 44 peratus wanita yang berumur dalam lingkungan 31 hingga 45 tahun yang menyertai kajian tersebut dan 17 peratus daripadanya telah menerima vaksin serta 72 peratus akan mengambil vaksin apabila diberi peluang.

Dalam pada itu, Violet berkata, keputusan tersebut juga dipengaruhi dengan mengetahui vaksin bukanlah jaminan mereka tidak dijangkiti virus berkenaan.

Iklan

Menurutnya, ia bukan halangan tetapi peluang mereka untuk bertemu janji bukan hanya berdasarkan status vaksinasi.

"Sebanyak 75 peratus berpandangan mereka lebih suka bertemu janji dengan seseorang yang mempunyai pandangan yang sama berkenaan Covid-19 dan vaksinasi.

"Ini sesuai dengan falsafah syarikat Lunch yang memfokuskan kepada keserasian dalam nilai dan tujuan hidup.

"Pada akhirnya, mereka akan berbual dengan seseorang tentang pandangan berkenaan vaksin yang penting untuk mengetahui mereka sesuai, lebih daripada status vaksinasi,” katanya.