KUALA LUMPUR - Kawan Food Bhd menggantung operasinya buat sementara waktu berikutan 78 kes positif Covid-19 disahkan dalam kalangan pekerja bahagian operasi anak syarikat milik penuhnya, Kawan Food Manufacturing Sdn Bhd.
Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia pada Isnin, syarikat itu berkata ia menerima surat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menggantung operasinya bermula hari ini hingga 21 Jun, 2021.