Schick pecah rekod Euro

Iklan
Schick menjaringkan gol pada minit ke-42 dalam aksi menentang Scotland di Stadium Hampden Park.

PENYERANG Republik Czech, Patrik Schick memecahkan rekod jaringan gol paling jauh pernah dihasilkan dalam saingan Euro ketika kemenangan 2-0 ke atas Scotland dalam aksi di Stadium Hampden Park pada Isnin.

Jaringan pada minit ke-52 itu dilakukan Schick dari jarak 49.7 meter memecahkan rekod 38.6 meter yang dilakukan pemain tengah Jerman, Torsten Frings pada Euro 2004.

Iklan
Iklan

Scotland kehilangan posisi ketika di tengah padang dan Shick melakukan percubaan jarak jauh dari tengah padang untuk menewaskan penjaga gol Scotland, David Marshall yang telah keluar daripada kawasan gol.

Pemain Bayer Leverkusen itu turut menjaringkan gol pertama pada minit ke-42 dalam perlawanan tersebut yang menyaksikan Czech meraih tiga mata pada aksi pertama pasukan itu dalam Kumpulan D.

Iklan
Iklan