JOHOR BAHRU - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor menahan seorang lelaki dan merampas tiga ekor burung daripada spesies yang terancam di rumahnya di Johor Bahru, pada Isnin lalu.
Pengarah Perhilitan Johor, Salman Saaban berkata, anggota penguat kuasa Perhilitan merampas dua ekor burung helang dan seekor burung kakak tua yang merupakan haiwan terancam dalam serbuan pada jam 7.30 malam.