Anggota bomba cedera bertembung kereta

Iklan
Keadaan motosikal yang terbabas ke dalam longkang.

IPOH – Seorang anggota bomba yang dalam perjalanan menyertai operasi menyelamat cedera selepas motosikal ditunggangi bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan Jalan Kompleks Sukan berhampiran Pusat Akuatik Tuanku Zara, hari ini.

Mohd Hamizan Mustapha, 34, yang bertugas di Unit Motosikal Gerak Cepat (RIM) Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh mengalami luka di tangan dan kini ditempatkan di zon kuning Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Iklan
Iklan

Kejadian sekitar jam 9.30 pagi itu berlaku kurang 300 meter dari kawasan balai sebaik anggota menerima panggilan kecemasan bagi menyelamat seorang wanita yang terjatuh dalam longkang di Taman Pakatan Jaya, Bercham.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd Subri Hussin berkata, keadaan anggota terbabit kini dilaporkan stabil, hanya perlu menjalani beberapa pemeriksaan rapi bagi memastikan tiada kecederaan dalaman dialami.

Iklan

"Tiada kecederaan serius setakat ini, mangsa juga berada dalam keadaan sedar sekarang, kerosakan hanya pada motosikal,” katanya.

Menurutnya, nahas berkenaan membabitkan motosikal jabatan dengan sebuah kereta jenis Toyota dipandu seorang lelaki yang dipercayai secara tiba-tiba keluar dari simpang.

Iklan

"Pertembungan itu menyebabkan motosikal terbabas ke dalam longkang sementara anggota kita tercampak ke hadapan, dia yang berada dalam keadaan separa sedar ketika itu dibawa mendapatkan rawatan di hospital oleh ambulans,” katanya.

Beliau berkata, Mohd Hamizan merupakan anggota yang berpengalaman dalam RIM lebih lima tahun.