SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan FWD Takaful Berhad (FWD Takaful) bersetuju untuk memansuhkan bayaran bersama sebanyak 20 peratus kepada peserta Program Takaful CuepacsCare (Cuepacscare) yang menaik taraf kadar bilik dan penginapan ketika mendapatkan rawatan di panel hospital swasta berkuat kuasa 15 Jun 2021.
Presiden Ceupacs, Adnan Mat berkata, pemansuhan bayaran bersama tersebut membolehkan lebih 80,000 penjawat awam yang menyertai CuepacsCare menikmati manfaat perlindungan lebih komprehensif di hospital swasta tanpa dikenakan caj 20 peratus daripada jumlah bil yang dilindungi sekiranya menaik taraf kadar bilik dan penginapan.