Enam terbunuh, dua pesawat terhempas di banjaran Alps

Iklan
Lokasi sebuah pesawat terbang luncur dan sebuah pesawat ringan terhempas yang menyebabkan enam orang terbunuh di banjaran Alps, Switzerland pada hujung minggu lalu. - Foto Polis Graubunden

GENEVA - Enam orang terbunuh apabila sebuah glider atau pesawat terbang luncur dan sebuah pesawat ringan terhempas di banjaran Alps, Switzerland pada hujung minggu, kata polis pada Isnin.

Dalam kejadian Sabtu lalu, seorang juruterbang bersama tiga penumpang termasuk seorang kanak-kanak menaiki pesawat ringan itu sebelum terhempas, menurut kenyataan polis.

Iklan
Iklan

Polis berkata, kesemua mereka terbunuh dalam kejadian itu.

Bangkai pesawat berkenaan ditemui pada Ahad ditemui selepas pekerja penyelamat mahu mencari bangkai sebuah pesawat terbang luncur itu yang terhempas di kawasan berdekatan yang menyebabkan juruterbangnya turut terbunuh.

Iklan

Menurut AFP, pesawat terbang luncur itu terhempas kira-kira satu kilometer dari tempat pesawat ringan itu terhempas.

Ia ditemui pada ketinggian 2,700 meter di atas kawasan kampung Bivio.

Iklan

Cuaca buruk telah menyukarkan pekerja penyelamat untuk tiba di lokasi pesawat terbang luncur itu terhempas selepas menerima panggilan kecemasan pada Sabtu lalu.

Proses mengenal identiti mangsa-mangsa masih dilakukan.

Pihak berkuasa itu berkata, Lembaga Siasatan Pengangkutan Awam Switzerland sedang menyiasat punca yang menyebabkan pesawat terbang luncur dan pesawat ringan itu terhempas. - Agensi