Pengawal keselamatan maut kereta rempuh treler

Iklan
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian.

REMBAU – Seorang pengawal keselamatan maut selepas kereta yang dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori treler di Kampung Sungai Layang, Jalan Seremban-Tampin, di sini, pada Selasa.

Sinat Harian difahamkan, mangsa, Mohd Razman Mohd Hafas, 46, dipercayai dalam perjalanan dari tempat kerja ke rumahnya yang terletak di Selemak, Rembau.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Arif Ahmad Osasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.38 pagi dan tiba di lokasi pada jam 8.54 pagi.

"Sebaik tiba di lokasi, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu berikutan kereta dipandunya merempuh bahagian belakang lori treler.

Iklan

"Kita berjaya mengeluarkan mangsa pada jam 9.14 pagi, namun mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi,” katanya, di sini, pada Selasa.

Tambahnya, sebuah jentera dengan kekuatan lebih 10 anggota termasuk pegawai bomba telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat.

Iklan

Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan.