Tenang tiada sebab Sepanyol perlu panik

Iklan
Enrique

PENGENDALI Sepanyol, Luis Enrique mempertahankan gaya permainan La Roja ketika pasukan ranking keenam dunia tersebut terikat tanpa jaringan menentang Sweden yang berstatus nombor 18 dalam aksi Kumpulan E Euro di Stadium La Cartuja de Sevilla awal pagi Selasa.

Sebaliknya menurut Enrique, keputusan kurang meyakinkan dilakar ke atas skuad bimbingan Janne Anderson hanya memerlukan penambahbaikan selepas gergasi Eropah tersebut menguasai 85 peratus penguasaan perlawanan.

Iklan
Iklan

"Dalam perlawanan ini sebenarnya, Sepanyol merupakan pasukan yang lebih baik dari Sweden dalam pelbagai sudut, biarpun lawan begitu defensif secara keseluruhannya.

"Sepanyol selain menguasai sepenuhnya perlawanan menentang Sweden, juga telah mencipta deretan peluang untuk menjaringkan gol. Namun lawan seperti dilihat berusaha bertahan mengekang asakan.

Iklan

"Harus diingat bahawa Sepanyol berdepan Sweden yang bergantung penuh kepada kekuatan fizikal dalam kalangan pemain mereka untuk menyaingi kami.

"Di sini, saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa kami sentiasa berusaha untuk memenangi perlawanan ini, cumanya apabila berlakunya kegagalan menterjemahkan peluang bermakna penambahbaikan perlu dilakukan segera," Enrique.

Iklan

Pada masa sama Enrique yang pernah menyarung jersi La Roja dari 1991 hingga 2002 dengan 92 penampilan serta 12 gol, menegaskan tiada keperluan untuk penyokong Sepanyol panik dengan keputusan tersebut.

"Kami perlu mengharungi dua lagi perlawanan peringkat kumpulan lagi selepas ini, perlawanan yang mahu diakhiri dengan keputusan lebih positif.

"Misi kami masih sama iaitu menjuarai peringkat kumpulan, namun kami sudah juga menyasarkan kedua terbaik kumpulan sekiranya terdapat halangan.

"Gaya permainan Sepanyol tetap sama dengan penambahbaikan apabila menentang Poland selepas ini. Untuk dua perlawanan seterusnya ini, kami akan melakukan persiapan lebih rapi," katanya.