Istana Negara

Iklan
Istana Negara hari ini dijangka akan menerima keberangkatan Raja-Raja Melayu untuk perbincangan khas yang dijadual berlangsung pada 2.30 petang ini.

Beberapa pakar dari agensi kerajaan turut dijadual memberi sembah taklimat mengenai hal-hal berkaitan kesihatan, keselamatan, politik dan ekonomi negara pada perbincangan tersebut.

Ini merupakan kali kedua Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu diadakan di Istana Negara sejak Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan 2019 selepas yang pertama pada 25 Oktober tahun lepas. - Foto Bernama