Dakwaan ‘kerajaan gagal’ tidak hargai usaha ‘frontliner’

Iklan
Ahmad Tarmizi Sulaiman

SHAH ALAM - Dakwaan ‘kerajaan gagal’ yang disebut oleh beberapa pihak seolah-olah tidak menghargai usaha dan bakti seluruh kakitangan kerajaan khususnya barisan hadapan atau ‘frontliner’.

Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, kerajaan telah berada dalam landasan yang betul dalam usaha untuk keluar dari krisis pandemik Covid-19 terutama menerusi pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Iklan
Iklan

"Kalau dikatakan kerajaan gagal, saya nampak yang gagal itu adalah mereka yang bebal untuk melihat apa yang sedang berlaku.

"Kalau dikatakan gagal, seolah-olah kita menafikan khidmat dan kudrat mereka yang ditaburkan untuk membantu rakyat kita pada hari ini,” katanya pada Wacana Sinar Harian siri ke-265 bertajuk ‘Mageran: Jalan Keluar Pulih Krisis Negara?' yang disiarkan secara langsung menerusi dalam talian di Facebook Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Hadir sama sebagai panelis ialah pakar perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz; Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

Sementara itu, Ahmad Tarmizi berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah melaksanakan langkah-langkah menguruskan program vaksinasi semaksimum mungkin.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Mageran seperti ada kerajaan dalam kerajaan: Hassan

Menurutnya, semua pihak perlu bekerjasama membantu kerajaan dan barisan hadapan dalam memastikan proses vaksinasi dapat berjalan lancar.

"Hari ini telah dimaklumkan bahawa program vaksinasi kita mencapai 200,000 orang.

"Kerajaan dilihat begitu bersungguh-sungguh menjalankan program vaksinasi ini, tetapi kita tidak boleh meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada KKM dan MOSTI.

"Maknanya semua peringkat kena bersama dan bersatu,” ujarnya.