BSN sokong Pelan Pemulihan Negara

Iklan
Bank Simpanan Nasional (Gambar kecil: Jay Khairil)

SHAH ALAM - Bank Simpanan Nasional (BSN) menyokong Pelan Pemulihan Negara seiring dengan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa.

Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil berkata, BSN percaya bahawa pihak kerajaan telah merangka Pelan Pemulihan Negara ini sebaik mungkin.

Iklan
Iklan

"Strategi Pelan Pemulihan Negara melalui empat fasa yang diumumkan juga dapat melindungi kehidupan rakyat Malaysia serta memulihkan ekonomi negara secara progresif,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pada Selasa, Muhyiddin membentangkan Pelan Pemulihan Negara sebagai strategi keluar daripada Covid-19 dengan sasaran rakyat dapat kembali kepada kehidupan harian biasa menjelang akhir tahun ini.

Iklan
Iklan

Muhyiddin berkata, pelan itu adalah strategi peralihan keluar daripada kemelut Covid-19 merangkumi empat fasa yang akan melibatkan pelan peralihan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat.