AmanahRaya sokong Pelan Pemulihan Negara

Iklan
AmanahRaya

SHAH ALAM - Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) menyokong penuh Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa.

AmanahRaya dalam satu kenyataannya berkata, AmanahRaya yakin pelan yang terdiri daripada empat fasa itu merupakan satu strategi penuh peralihan keluar daripada kemelut pandemik Covid-19.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, ia bakal mengembalikan keadaan ekonomi dan sosial negara kepada sedia kala.

"AmanahRaya maklum mengenai keperluan kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dengan tindakan kesihatan awam yang masih diteruskan serta perkembangan positif kadar vaksinasi negara yang kini telah mencapai sebanyak 4.2 jura dos.

Iklan

"AmanahRaya optimis penurunan kes Covid-19 dalam komuniti dan nilai ambang yang telah ditetapkan akan dapat dicapai dengan lebih cepat dari apa yang dijangkakan,” kata AmanahRaya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Justeru, AmanahRaya menyeru agar orang ramai bersama-sama untuk menerapkan amalan disiplin yang tinggi selaras saranan kerajaan supaya kes harian dapat dikawal sepenuhnya dan membantu negara mencapai imuniti kelompok serta berjaya keluar dari krisis itu.

Iklan

Pada Selasa, Muhyiddin membentangkan Pelan Pemulihan Negara sebagai strategi keluar daripada Covid-19 dengan sasaran rakyat dapat kembali kepada kehidupan harian biasa menjelang akhir tahun ini.