Pemandu maut langgar belakang lori

Iklan
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk pemandu.

PELABUHAN KLANG – Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan dipandu melanggar belakang sebuah lori di Jalan Pelabuhan Barat, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 1.30 petang itu, mangsa dikenali Devernyanan, 63, beralamat di Taman Kebaya, Alor Gajah, Melaka disahkan meninggal dunia akibat tersepit di tempat duduk pemandu.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari Pulau Indah menuju ke Klang.

"Mangsa dipercayai leka melihat satu kemalangan di laluan bertentangan sebelum melanggar belakang sebuah lori yang berada di hadapan.

Iklan

"Akibat rempuhan itu, mangsa parah di kepala dan badan serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa dikeluarkan dengan bantuan pihak bomba,” katanya.

Menurut beliau, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk dibedah siasat.

Iklan

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987.