Austria congak peluang

Iklan
Michael Gregoritsch menjaringkan gol kedua Austria ketika berdepan Macedonia Utara pada 14 Jun lalu. - Foto AFP

SETELAH menewaskan Macedonia Utara, 3-1, Austria kini mula mencongak peluang untuk mara ke pusingan 16 pasukan terbaik dengan meraih tiga mata berharga ketika berdepan Belanda di Johan Cryuff Arena pada awal pagi Jumaat.

Pengendali Austria, Franco Foda berkata, biarpun menyedari skuad Oranje itu sebagai lawan yang sukar, namun dia yakin hasrat untuk meraih tiga mata itu akan berhasil sekiranya kesemua pemain beraksi bersungguh-sungguh selain kurang melakukan kesilapan.

Iklan
Iklan

Malah menurut Foda, pihaknya juga sudah pasti akan melakukan rombakan pemain bagi menurunkan skuad terbaik pada perlawanan berkenaan.

"Kami pasti akan melakukan rombakan pemain menjelang pertemuan ini kerana kami tahu Belanda adalah pasukan yang kuat berbanding Macedonia Utara.

Iklan

"Apa pun, kami akan tetap beruasaha kerana kami masih tetap perlu meraih mata untuk layak ke pusingan 16 nanti,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Oranje perlu kekal fokus

Iklan

Sementara itu, Foda turut memberi bayangan untuk menurunkan gandingan penyerang Michael Gregoritsch dan Marko Arnautovic dalam kesebelasan utama pasukan.

Katanya, gandingan kedua-dua pemain berkenaan dilihat berjaya memberikan impak pada aksi pembukaan Kumpulan C, 14 Jun lalu.

"Kehadiran kedua-dua pemain berkenaan selaku pemain gantian pada perlawanan itu dilihat berjaya menyemarakkan semangat pemain lain untuk beraksi dengan baik.

"Lihat sahaja pada Arnautovic yang turut menjaringkan gol pada minit-minit akhir perlawanan bagi mengesahkan kemenangan pasukan.

"Diharap gandingan Gregoritsch serta Arnautovic mampu menggempur kubu Belanda,” katanya.