MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menegaskan tidak ada kompromi berhubung soal kesihatan dan keselamatan atlet negara.
Katanya, perkara itu disuarakan berikutan insiden dua atlet pecut negara, Muhammad Haiqal Hanafi dan Khairul Hafiz Jantan yang terlepas peluang ke Kejohanan Olahraga Qosanov Memorial di Alamty, Kazakhstan pada 19 hingga 20 Jun ini.
Menurut Reezal Merican, biarpun perkara berkenaan telah merencatkan peluang kedua-dua atlet yang masing-masing memegang rekod emas Sukan SEA 2017 dan 2019 untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam ranking World Athletics, keutamaan terhadap kesiahtan dan keselamatan mereka adalah jauh lebih penting ketika ini.
"Sehubungan itu, saya telah meminta semua pilhak yagn terlibat termasuk persatuan sukan yang bertanggungjawab terhadap persediaan, kesihatan dan keselamatan atlet negara sentiasa peka dan meneliti setiap urusan melibatkan mereka.
"Pematuhan terhadap prosedur opearasi standard (SOP) juga hendaklah diberikan perhatian dan keutamaan.
"Oleh itu, saya juga telah mengarahkan Ketua Majlis Sukan Negara untuk sentiasa memastikan pemantauan berterusan dilakukan terhadap program-progaram latihan atlet negara pada setiap masa,” katanya menerusi kenyataan media pada Rabu.
Secara keseluruhannya, seramai 12 atlet telah selesai menjalani ujian calitan (swab test) sebagai persediaan untuk menyertai kejohanan berkenaan.
Bagaimanapun pada Selasa, Muhammad Haiqal tidak dibenarkan berlepas ke Kazakhstan ketika proses pendaftaran masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana, didapati positif Covid-19.
Turut tidak dibenarkan berlepas ke Kazakhstan adalah rakan sepelatihnya, Khairul Hafiz Jantan sebagai kontak rapat kepada Muhammad Haiqal.
Situasi berkenaan menyaksikan hanya tinggal lapan atlet yang bakal menyertai kejohanan berkenaan melibatkan Lee Hup Wei bagi acara lompat tinggi, Hakimi Ismail (lompat kijang), Rayzam Shah (110m berpagar), Andre Anura (lompat jauh), Jonathan Nyepa (100m), Muhammad Ilham (400m), Choo Kang Ni (lempar cakera) dan Yap Sean Yee (lompat tinggi) manakala dua lagi atlet, menarik diri akibat masalah kecederaan, iaitu Muhammad Irfan Shamsuddin (lempar cakera) dan Abdul Latif Romly (lompat jauh).
Sementara itu, Reezal Merican berkata, beliau turut mendoakan dan mengharapkan kesemua lapan atlet yang menyertai kejohanan berkenaan mencatatkan kejayaan pada kejohanan berkenaan.
"Saya mendoakan dan mengharapkan kesemua lapan atlet yang kini berjuang di Kazakhtanakan memperolehi kejayaan yang bermakna demi Malaysia,” katanya.