PUTRAJAYA - Meskipun terdapat penurunan kes baharu bagi tempoh dua minggu pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP), namun kes di unit rawatan rapi (ICU) masih tidak menunjukkan penurunan ketara.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, ia berikutan kemunculan varian-varian baharu yang mengakibatkan kes-kes dikesan dengan gejala serius dan merosot pada kadar yang lebih cepat.