Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja

Iklan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mempengerusikan Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja di Istana Negara hari ini. Perbincangan khas itu bagi meneliti pandangan yang dikemukakan pemimpin-pemimpin parti politik ketika sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sejak minggu lepas. Berangkat ke istana ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. - Foto Bernama