KUALA LUMPUR - Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Rabu menafikan dakwaan mesej bertajuk 'Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 syor Darurat Kesihatan disambung' seperti yang sedang tular di media sosial.
MKN menegaskan bahawa maklumat berkaitan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 itu adalah palsu, demikian menurut kenyataan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Iklan
Iklan
"Orang ramai diminta untuk tidak mengedarkan, mengelilingkan atau menyebarkan berita tidak benar yang diterima melalui media sosial seterusnya menghapus atau memadam berita tidak benar berada dalam kawalan masing-masing sama ada dalam peranti atau penerbitan bertulis dengan serta merta.
"Kegagalan berbuat demikian merupakan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021,” menurut kenyataan itu. - Bernama