Kedudukan Cheng Hoe masih selamat

Iklan
Cheng Hoe (tengah) berjaya membawa Malaysia menduduki tangga ketiga Kumpulan G Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. - FOTO: FB FAM

KETUA jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe masih diberi mandat untuk terus membimbing skuad Harimau Malaya bagi menghadapi Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 yang dijadual tahun depan.

Pengurus skuad kebangsaan, Datuk Yusoff Mahadi berpendapat prestasi Cheng Hoe tidaklah seburuk yang disangka kerana berjaya membawa Malaysia mengutip 12 mata keseluruhan selepas melengkapkan aksi dalam Kumpulan G pusingan kelayakan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Iklan
Iklan

"Satu perbincangan akan diadakan bersama sejurus Presiden FAM (Datuk Hamidin Mohd Amin) tiba dari Dubai, dan perbincangan itu tidak akan menyentuh mengenai (kedudukan) Cheng Hoe.

"Perbincangan itu akan lebih menjurus kepada persiapan pasukan negara untuk menghadapi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2023 tahun depan,” katanya pda sidang media dalam talian pada Rabu.

Iklan

Kontrak Cheng Hoe dijangka tamat pada Disember tahun depan selepas mengambil alih skuad kebangsaan pada Disember 2017.

Mengenai tawaran Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk mengurus skuad Harimau Malaya, Yusoff berkata, individu yang sesuai untuk mengulas mengenai perkara berkenaan adalah Hamidin sendiri.

Iklan

"Ini soalan terlalu tinggi untuk saya jawab, tapi biarlah Presiden yang jawab bukan untuk saya yang jawab. Jadi saya fikir Datuk Presiden ada pandangannya sendiri dan saya fikir beliau akan beri pandangan dan pendapatnya bila balik ke Kuala Lumpur nanti," katanya.

Tunku Ismail yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), menerusi beberapa hantaran pada ruangan Insta Story dalam laman Instagram bertitah baginda akan menyediakan kemudahan latihan dan jurulatih terbaik untuk pasukan.

Malaysia menamatkan kempen kelayakan dengan menduduki tempat ketiga selepas mengutip 12 mata. UAE mengungguli Kumpulan G dengan 18 mata, diikuti Vietnam (17), Thailand (sembilan) dan Indonesia dengan satu mata.

Kejayaan menewaskan Thailand 1-0 pada perlawanan terakhir semalam, menyaksikan Malaysia secara automatik layak ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Asia 2023, sekali gus menghidupkan peluang mara ke pusingan akhir kejuaraan benua itu. - Bernama