‘Nilai akhlak, kerohanian semakin rosak’

Iklan
Jonson Chong

KUALA LUMPUR - Kerosakan sistem nilai dan kerohanian dalam masyarakat ialah punca sebenar jenayah rasuah di negara ini semakin parah dan berleluasa.

Ahli Pasukan Teras Rasuah Busters, Jonson Chong berkata, rasuah boleh diibaratkan sebagai satu penyakit kronik yang menular dalam masyarakat.

Iklan
Iklan

"Rasuah itu bukan sumber kepada kesakitan, ia cuma simptom. Contohnya jika individu itu demam biasanya simptom awalnya ialah batuk.

"Jadi yang kita nampak orang tawar atau terima rasuah. Itu simptom yang mana sumbernya berpunca daripada hilangnya nilai akhlak atau kerohanian,” katanya dalam program Kapsul Rasuah Busters di sini pada Jumaat lalu.

Iklan

Jonson Chong yang merupakan aktivis dan peguam berkata, faktor utama mempengaruhi individu untuk menolak rasuah bukanlah disebabkan kerana takut kepada tindakan undang-undang, sebaliknya disebabkan nilai moral dipegang dan diamalkan.

Jelasnya, selain kurang pendidikan dan kesedaran dalam masyarakat, punca berlakunya rasuah turut diakibatkan daripada contoh teladan tidak baik yang ditunjukkan oleh kepimpinan negara.

Iklan

"Kehilangan nilai akhlak dan moral pun kerana pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh teladan kepada masyarakat tetapi dia pula melakukan rasuah.

"Ia seperti ibu bapa yang gagal menunjukkan contoh baik, maka anak-anak pun belajar dan ikut apa yang dilakukan itu,” ujarnya perunding pendidikan dan usahawan sosial tersebut.

Jonson Chong berkata lagi, pihak yang mahu membanteras rasuah perlu mengambil pendekatan menyeluruh dan tidak bergantung hanya kepada aspek perundangan serta hukuman.

Tegasnya, usaha menangani rasuah juga perlu melibatkan pelbagai aspek seperti penerapan nilai agama yang betul, contoh teladan yang baik daripada kepimpinan negara dan didikan ibu bapa.