Suami pukul isteri hamil hingga koma dihadap ke mahkamah

Iklan
Suspek (kanan) tiba di Mahkamah Majistret Johor Bahru untuk didakwa.

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki yang disyaki memukul isterinya yang hamil hingga parah tiba di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi.

Suspek yang memakai 'sweater' tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 9 pagi dengan menaiki kenderaan polis.

Iklan
Iklan

Sejurus tiba, suspek yang bergari dikawal ketat oleh anggota polis dan kemudian dibawa masuk ke Mahkamah Majistret bagi proses pendakwaan.

Difahamkan pada Khamis, pendakwaan yang akan dikemukakan terhadapnya membabitkan Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan serta Seksyen 326A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Iklan

Pada 12 Jun, suspek yang merupakan peniaga ditahan semasa keluar membeli makanan dengan menunggang motosikal di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi Jumaat.

Sebelum itu, polis mengedarkan gambar suspek sebagai usaha menjejakinya.

Iklan

Sinar Harian pada 12 Mei lalu, melaporkan seorang wanita hamil parah dipercayai dipukul suaminya dalam kejadian pada 4 Mei lalu.

ARTIKEL BERKAITAN Suami pukul isteri hamil sehingga koma ditahan

Wanita itu yang merupakan seorang kakitangan awam sebuah jabatan kerajaan di Johor dilaporkan berada di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban selepas menerima rawatan awal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Mangsa mengalami kecederaan parah pada kepala dan tengkorak akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak disyaki dipukul suaminya.

Kejadian yang menimpa wanita itu menjadi tular selepas adik mangsa, Fazariah Nordin memuat naik keadaan kakaknya dalam laman sosial.