LUSAKA - Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan lima yang lain cedera selepas trak dinaiki terbalik dan terhumban ke dalam sungai di daerah Mungwi di utara Zambia pada Rabu.
Menurut Agensi Anadolu, Ketua Polis Daerah, Jestus Nsokolo dalam satu kenyataan berkata, trak yang membawa 57 penumpang kebanyakannya peniaga telefon bimbit hilang kawalan akibat dipandu laju serta lebih muatan.