JAIPk sifatkan video pelakon bertentangan ajaran Islam

Iklan
Mohd Yusop

IPOH - Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menyifatkan kenyataan seorang selebriti tanah air di dalam video siaran langsung menerusi satu laman sosial baru-baru ini bertentangan dengan ajaran Islam.

Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, sehubungan itu orang ramai dinasihatkan supaya berhenti mengikuti laman sosial selebriti berkenaan kerana dibimbangi mempengaruhi individu lain.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, pihak JAIPk pernah beberapa kali menemui dan memberikan nasihat kepada pelakon itu agar tidak mengulangi perbuatan yang bertentangan dengan agama.

"Saya nasihatkan pengguna media sosial tidak melayan perbuatan aneh pelakon tersebut. Kata-kata yang diucapkan pelakon itu semasa 'live' di media sosial, tak betul dan amat bertentangan dengan agama.

Iklan

"Kalau benda itu tak betul, jangan ikuti laman sosial dia, jangan beri 'like' atau reaksi yang menyokong tindakan tersebut," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai video kontroversi yang tular di laman sosial memaparkan pelakon berkenaan mengenakan solekan dan membuat kenyataan seolah-olah meminta orang ramai menyembahnya menerusi siaran langsung di sebuah laman sosial.

Iklan

Mohd Yusop berkata, jika tiada pengguna sosial yang melayani atau menonton siaran langsung itu, pelakon terbabit tidak akan membuat kenyataan mahupun video berkenaan.

Penularan video tersebut juga turut mendapat perhatian pendakwah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Syed yang turut meminta orang ramai khususnya anak muda agar tidak melayani video seumpama itu.

Beliau dalam kenyataan menerusi Instagram turut menyarankan agar pelakon tersebut menerima rawatan dari sudut rohani dan akidah.