PNS sokong Pelan Pemulihan Negara

Iklan
Mohd Hilaluddin Abd Shukor

SHAH ALAM - Perbadanan Nasional Berhad (PNS) menyokong penuh Pelan Pemulihan Negara yang telah diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa.

Ketua Pegawai Eksekutif PNS, Mohd Hilaluddin Abd Shukor berkata, pelan berkenaan menyediakan strategi peralihan keluar yang jelas kepada usahawan termasuk usahawan francais untuk merancang aktiviti perniagaan mereka.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia bukan sahaja membantu usahawan untuk memulakan semula perniagaan mereka dengan lebih teratur dan secara berperingkat, malah usahawan juga dapat menyusun semula keperluan tenaga kerja industri dengan mengurangkan kebarangkalian risiko yang tinggi.

"Pelan ini juga merupakan pelan yang dinamik. Saya yakin apabila pelbagai pihak memberi kerjasama dalam mematuhi saranan yang dikeluarkan berdasarkan kepada fasa ditetapkan, rantaian jangkitan Covid-19 akan dapat dibendung.

Iklan

"Malaysia akan dapat mengatasi krisis Covid-19 seterusnya dapat memulihkan ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mohd Hilaluddin berkata, Pelan Pemulihan Negara adalah strategi yang bertepatan untuk memastikan ekonomi negara dapat kembali pulih sepenuhnya dalam menangani pandemik Covid-19.

Iklan

"Sebagai salah sebuah agensi kerajaan, PNS akan memberikan kerjasama penuh bagi memastikan pelan itu dapat dilaksanakan dengan jayanya,” katanya.