'Doktor lakukan kecuaian bunuh Maradona'

Iklan
Maradona dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada November lalu. - Foto Agensi

PEGUAM kepada jururawat yang terlibat siasatan kes kematian Diego Maradona pada Rabu mendakwa doktor legenda bola sepak Argentina itu melakukan kecuaian sehingga meragut nyawanya.

"Mereka bunuh Maradona,” ujar peguam Rodolfo Baque yang mewakili jururawat Dahiana Gisela Madrid ketika menjawab soalan pendakwa raya.

Iklan
Iklan

Siasatan dibuka selepas menerima aduan dikemukakan dua anak bintang bola sepak itu yang difailkan terhadap pakar bedah saraf, Leopoldo Luque yang dipertanggungjawabkan atas keadaan bapa mereka yang semakin teruk selepas menjalani pembedahan otak.

Maradona dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 60 tahun pada November lalu, beberapa minggu selepas beliau menjalani prosedur surgeri itu kerana masalah pembekuan darah.

Iklan

Bulan lalu, sebuah panel terdiri daripada 20 pakar perubatan menyimpulkan pasukan doktor yang merawatnya ‘cuai dan tidak cekap’ kerana membiarkan keadaannya sehingga menjadi semakin teruk sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Jika disabit bersalah, ketujuh-tujuh profesional perubatan yang dilarang meninggalkan negara itu bakal berdepan hukuman penjara antara lapan dan 25 tahun. - Agensi

Iklan