Ukraine belum kibar bendera putih

Iklan
Pemain Ukraine meraikan kemenangan ke atas Macedonia. -Foto: Getty Images

UKRAINE menghidupkan peluang untuk mara ke kelompok 16 pasukan terakhir Euro 2020 selepas menewaskan Macedonia Utara 2-1 dalam aksi di Arena National, Bucharest pada Khamis.

Andriy Yarmolenko membuka jaringan pada minit ke-29 sebelum Roman Yeremchuk menggandakan kedudukan pada minit ke-34.

Iklan
Iklan

Macedonia cuba untuk bangkit menerusi gol Ezgjan Alioski pada minit ke-57, namun gagal mencari gol penyamaan apabila percubaan demi percubaan mereka gagal menemui sasaran.

Ukraine juga berpeluang untuk menggandakan kedudukan pada minit ke-84 menerusi penalti Ruslan Malinovskyi namun sepakannya diselamatkan penjaga gol Macedonia, Stole Dimitrievski.

Iklan

Pasukan itu yang tewas aksi pembukaan kepada Belanda 2-3 kini berada di kedudukan ketiga kumpulan C dan akan bertemu Austria dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada 22 Jun ini.

Manakala, Macedonia yang menghuni tangga terbawah kumpulan akan melengkapkan saingan kumpulan dengan menentang Belanda pada 22 Jun ini.

Iklan