PNS tukar akronim dan logo, elak kekeliruan

Iklan
PNS bakal berwajah baru.

Perbadanan Nasional Berhad (PNS) bakal melaksanakan penjenamaan semula yang melibatkan pertukaran akronim dan logo PNS melalui pelancaran jenama baharu pada 21 Jun ini.

Penjenamaan semula ini bertujuan memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju industri francais sekali gus untuk kekal relevan dalam industri. Walau bagaimanapun, nama rasmi iaitu Perbadanan Nasional Berhad masih dikekalkan.

Iklan
Iklan

Ini juga salah satu strategi untuk memberi gambaran lebih jelas kepada masyarakat mengenai peranan PNS dalam industri francais negara dan keusahawanan seterusnya menangani isu kekeliruan jenama PNS dengan organisasi-organisasi kerajaan yang lain.

Seiring dengan penjenamaan semula yang bakal dilancarkan, PNS akan terus merancakkan industri francais yang merupakan salah satu sektor penting dalam pembangunan ekonomi negara.

Iklan

PNS di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (MEDAC) yang diberi mandat untuk menerajui pertumbuhan industri francais sejak tahun 2004 akan terus melahirkan lebih ramai lagi usahawan berkualiti dan berdaya maju khususnya dalam perniagaan francais selari dengan dalam penulisan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030.

Pada tahun ini, PNS menyasarkan sebanyak 3,600 peluang pekerjaan baharu dapat diwujudkan dalam bidang perniagaan francais.

Iklan

Bagi menyokong hasrat itu, PNS telah melancarkan dua projek terbarunya awal tahun ini sebagai menyokong hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan melalui ‘Projek Be Your Own Boss (BYOB)’ dan Projek Xcelerator.

BYOB menawarkan dua program di bawahnya iaitu program"Successful Women Entrepreneurship Engagement Talent (SWEET)” untuk wanita dan program"Young Entrepreneurship Engagement Talent (YOUNITY)” untuk golongan belia.

Sebanyak 1,000 francaisi disasarkan melalui program ini. Penyertaan golongan usahawan Bumiputera, belia, wanita dan siswazah turut diperkukuhkan menerusi panduan dan latihan komprehensif, termasuk pembiayaan serta akses kepada pasaran semasa.

PNS akan menawarkan kualiti perkhidmatan kepada para pelanggan dan usahawan.

Sejak diperkenalkan, lebih 300 wanita dan belia telah mendaftar sebagai peserta BYOB dan seramai 100 peserta telah menamatkan latihan dan sedang di dalam proses pemadanan perniagaan.

Melalui projek Xcelerator, PNS giat membantu usahawanusahawan sedia ada untuk memacu perniagaan mereka ke arah francais dalam masa yang ditetapkan.

Selain membantu mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia yang bertambah kerana ramai kehilangan pekerjaan ketika penularan Covid-19, inisiatif ini juga memupuk masyarakat untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan utama.

Bagi mewujudkan ekosistem francais yang lebih berkesan dan meluas, PNS turut menjalinkan hubungan strategik dan kerjasama dengan pelbagai agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta.

Penjenamaan semula PNS yang akan dilancarkan secara soft launch nanti bukan sahaja melibatkan transformasi jenama, malah turut meliputi kualiti perkhidmatan yang ditawarkan oleh PNS kepada para pelanggan dan usahawan.

PNS akan terus menggalas tanggungjawab dan melaksanakan programprogram yang memberi impak positif kepada perkembangan industri francais.

Nantikan pengumuman terkini mengenai pelancaran jenama baharu PNS pada 21 Jun, di media-media utama dan laman media sosial rasmi Perbadanan Nasional Berhad (PNS).