De Bruyne miliki kualiti tersendiri

Iklan
DE BRUYNE

PENGENDALI Belgium, Roberto Martinez memberikan pujian kepada Kevin De Bruyne selepas pemain tengahnya itu mencipta impak sensasi dalam kemenangan 2-1 ke atas Denmark di Stadium Parken, Copenhagen pada awal pagi Jumaat.

Menurutnya, aksi dan persembahan yang dipamerkan De Brunye tidak berubah walaupun sebelum ini dia mengalami kecederaan retak tulang hidung baru-baru ini.

Iklan
Iklan

"Anda tidak boleh meragui bakat Kevin De Bruyne. Sesuatu yang cukup luar biasa untuk dia masuk pada separuh masa kedua dan dapat mempengaruhi perlawanan dengan cara yang luar biasa.

"Ini bukan hanya mengenai bakat, tetapi juga tentang pengalamannya dan cara dia bermain di babak kedua dia tidak kelihatan seperti pemain yang baru menjalani pembedahan.

Iklan

"Sekali lagi, ini menunjukkan cara dia menjaga dirinya sendiri, cara dia fokus dalam latihan. Tetapi saya rasa tiada siapa yang meragui bakatnya," katanya.

Dalam perlawanan itu, Yussof Poulsen mengejutkan Belgium dengan gol pembukaan seawal minit kedua sebelum Thorgan Hazard menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-54 dan disusuli gol kemenangan Belgium oleh de bruyne pada minit ke-70.

Iklan

Dalam pada itu, Martinez mengakui Denmark memberikan tentangan sukar dan suasana dalam Stadium Parker yang dihadiri puluhan ribu penyokong tuan rumah membuatkan perlawanan itu bertambah rumit buat Belgium.

"Sangat sukar untuk menjelaskan jika anda hanya menonton di televisyen, lebih mudah jika anda berada di stadium. Penyokong mereka mencipta suasana luar biasa dan memberikan semangat kepada pasukan sehingga berjaya mendapat gol awal.

"Dalam keadaan itu, kami sedikit terkejut dan ia mengambil masa selama 20 minit untuk kami menyesuaikan diri dengan keadaan itu dan mengharungi perlawanan sukar ini.

"Ia juga sememangnya sudah dijangka. Mereka bermain di laman sendiri dan mereka perlu menang untuk layak, sebab itu mereka bermain dengan penuh kesungguhan," katanya.