One Stop Help Centre bantu masyarakat

Iklan
oay Tiong (duduk, tiga, kiri), Ismail (duduk, dua kiri) dan Rosmalina (duduk, kanan) melawat warga emas uzur, Ismail Idris.

MELAKA - JKM Melaka Tengah memperkenalkan One Stop Help Centre di Kampung Bukit Pegoh, Pernu, Melaka bagi memudahkan masyarakat berurusan dengan agensi itu.

Ia hasil kerjasama Parlimen Kota Melaka, Jawatan Kuasa Penyelarasan DUN (Japerun) Telok Mas, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Pegoh, Bukit Larang dan Jawatankuasa Masjid Bukit Pegoh.

Iklan
Iklan

Pegawai Kebajikan Masyarakat Melaka Tengah, Rosmalina Abdul Manaf berkata, program bertujuan menyampaikan perkhidmatan JKM kepada masyarakat seperti permohonan bantuan, kaji semula permohonan dan lawatan siasatan ke rumah.

Menurutnya, selain itu, turut diadakan taklimat berkaitan perkhidmatan JKM.

Iklan

"Kami adakan khidmat bantuan dan rujukan berpusat bagi membantu individu, keluarga, komuniti dan golongan lain yang memerlukan seperti kanak-kanak, warga emas, OKU, komuniti rentan (yang dipinggirkan), orang papa dan mangsa keganasan rumah tangga.

"Program ini yang pertama di Melaka dan JKM akan memperluaskan di daerah daerah lain,” katanya.

Iklan

Hadir sama, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong dan Timbalan Pengarah JKM negeri, Ismail Barom.

Dalam pada itu, sehingga jam 12.30 tengah hari, seramai 96 penduduk hadir untuk mendapatkan perkhidmatan dan 12 kes lagi adalah rujukan MPKK untuk program ziarah ke rumah bersama Ahli Parlimen Kota Melaka.

Sementara itu, salah seorang penduduk, Fang Kong Weng, 55, menyambut baik program tersebut dianggap benar-benar membantu masyarakat terutama kurang upaya.

"Sudah tentu ini memudahkan orang yang tiada kenderaan, orang tua-tua yang sudah tidak larat berjalan jauh kerana kalu tidak kami kena pergi ke pejabat JKM di Ayer Keroh.

"Perkhidmatan ini menyenangkan kerana jauh lebih cepat berbanding cara biasa yang terpaksa menunggu lama,” katanya.