Sidang Parlimen: Fokus pulihkan negara, bukan hal peribadi

Iklan
Mohd Ashraf

SHAH ALAM - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meletakkan keyakinan bahawa situasi semasa negara ketika ini boleh menemukan jalan keluar jika semua pihak fokus menjayakan strategi Pelan Pemulihan Negara.

Ketua Penerangannya, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata, semua pihak wajar meletakkan agenda pengurusan pandemik dan pemerkasaan ekonomi sebagai fokus utama dan tidak memperjuangkan agenda peribadi.

Iklan
Iklan

"Armada Bersatu senada dengan pandangan yang dilontarkan oleh Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bahawa sekarang adalah masa untuk bekerjasama dengan semua pihak atas faktor keselamatan dan kesihatan rakyat, bukan untuk politiking serta mengejar agenda peribadi.

"Sehubungan itu, bagi mewakili Armad Bersatu selaku sayap yang membawa suara anak muda yang turut terkesan dengan situasi pandemik, merasakan amat wajar untuk segenap pihak meletakkan fokus kepada agenda pengurusan Covid-19 dan pemerkasaan ekonomi," katanya dalam satuu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Beliau menegaskan, Armada yakin bahawa satu-satunya jalan keluar secara bersama dalam situasi semasa yang semakin menunjukkan kesan positif ini adalah dengan memberi fokus menjayakan strategi Pelan Pemulihan Negara yang telah dikemukakan Perdana Menteri baru-baru ini.

Tambah beliau, kesediaan dan komitmen kerajaan berhubung pembukaan semula sidang Parlimen amat jelas bagi tujuan pemulihan negara amat jelas.

Iklan

Namun ujarnya, apa yang wajar dipertimbangkan oleh rakyat adalah keikhlasan pihak pembangkang menggunakan sidang Parlimen bertepatan dengan iltizam Majlis Raja-Raja Melayu.

"Justeru, pembukaan Parlimen ini perlu diberi perhatian untuk membulatkan tekad serta agenda demi rakyat dan juga pemulihan negara atas kesungguhan membantu semak imbang dalam ‘menjayakan’ Pelan Pemulihan Negara," jelasnya.