Wanita hamil dipukul suami mula sedarkan diri

Iklan
Pasukan MAINS semasa melawat Jahidah di rumahnya pada Khamis.

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Wanita hamil yang dipukul suami sehingga koma dalam kejadian di Larkin, Johor Bahru bulan lalu sudah sedarkan diri dan kandungannya yang kini memasuki usia 13 minggu juga dalam keadaan sihat.

Jahidah Nordin, 43, kini dijaga adiknya, Fazariah Nordin, 38, yang tinggal bersama suami dan seorang anak di Bandar Sri Sendayan.

Iklan
Iklan

Menurut Fazariah, kakaknya mula membuka mata minggu lalu dan boleh bernafas tanpa peralatan khas tetapi belum dapat bertindak balas terhadap respons yang diberikan.

"Menurut doktor kakak boleh mendengar apa yang kami cakap,dan kami dinasihatkan supaya banyak berkomunikasi walaupun dia tidak memberi," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Tambah Fazariah, kakaknya juga berhadapan dengan hilang ingatan berikutan kerosakan pada otaknya berada di tahap tiga dan peluangnya pulih seperti biasa adalah tipis.

Bagaimanapun katanya, keluarganya kini reda dengan ketentuan Ilahi.

Iklan

Sementara itu, Pegawai Unit Khidmat Kesihatan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Norhafizah Daud memberitahu, pihaknya kini berusaha untuk memberi bantuan susu khas sebanyak 15 tin sebulan untuk kegunaan Jahidah.

"MAINS melalui Unit Khidmat Kesihatan yang menziarahi keluarga ini menyampaikan bantuan wang tunai segera sebagai permulaan dan bantuan lain turut akan disalurkan berdasarkan keperluan," katanya.

Lawatan ziarah diketuai oleh Pegawai MAINS Cawangan Seremban 2, Nur Azizah Abdul Aziz bersama pegawai Unit Khidmat Kesihatan MAINS.

Jahidah koma selepas disyaki dipukul suaminya sehingga di rumah mereka di Larkin, Johor pada 4 Mei lalu.

Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan tengkorak, selain rahang, tulang belakang serta rusuk wanita itu retak.

Penjawat awam itu menerima rawatan awal di unit rawatan rapi Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja`afar di Seremban atas permintaan keluarga selain nasihat HSA.

Keluarga Jahidah turut berharap orang dapat menyumbang bagi meringankan beban kos rawatan dengan menyalurkan bantuan di nombor akaun Fauziah Nordin di CIMB, 7617797037.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami pukul isteri hamil sehingga koma ditahan

ARTIKEL BERKAITAN:Wanita hamil koma dipukul suami