KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan mengadakan pertemuan khas secara maya dengan bakal jemaah haji yang terlepas peluang menunaikan ibadah itu pada tahun ini, melalui program Lambaian Rindu Baitullah, Isnin depan.
Ketika dihubungi di sini pada Jumaat, Zulkifli berkata program dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji (TH) itu akan memfokuskan pada emosi dan mental bakal jemaah haji terlibat selepas dua tahun turut-turut Arab Saudi menutup sempadannya kepada kemasukan dari luar berikutan penularan pandemik Covid-19.