Tiga penduduk Palestin cedera di Ramallah

Iklan
Rakyat Palestin berkumpul di perkampungan Al-Mughayyir di Ramallah.

RAMALLAH - TEBING BARAT. Sekurang-kurangnya tiga rakyat Palestin cedera terkena peluru keluli bersalut getah, manakala puluhan lagi mengalami sesak nafas selepas terhidu gas pemedih mata ketika tentera Zionis menindas penunjuk perasaan di perkampungan Al-Mughayyir yang terletak di timur laut Ramallah, semalam.

Sumber tempatan berkata, kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital berdekatan.

Iklan
Iklan

Awal minggu ini, tentera Israel menyerang rakyat Palestin semasa demonstrasi aman membantah tindakan Zionis menyita tanah milik Palestin di kampung itu.

Rakyat Palestin mengadakan protes mingguan setiap Jumaat sejak 30 Mac tahun lalu di sepanjang sempadan Gaza-Israel.

Iklan

Ia bertujuan menuntut hak untuk kembali ke kampung halaman yang dirampas sejak 1948.

Difahamkan, angka kematian rakyat Palestin akibat ditembak Israel sejak protes berkenaan bermula telah melebihi 200 orang. - Agensi

Iklan