GEORGETOWN - Seorang warga emas yang terperangkap di bawah timbunan sampah di dalam rumahnya di Apartmen Bukit Saujana, Jalan Paya Terubong di sini berjaya diselamatkan oleh bomba pada malam Khamis.
Difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam itu disedari oleh anak mangsa yang tinggal di kawasan perumahan sama sebelum dia menghubungi balai bomba bagi mendapatkan bantuan.