PKPD Desa Rejang

Iklan
Anggota tentera memasang kawat berduri di Perumahan Awam Desa Rejang, yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini sehingga 1 Julai ini. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPD dilaksanakan di kawasan tersebut selepas Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat peningkatan kes amat ketara dalam masa singkat apabila 264 kes positif direkodkan hasil 3,512 saringan dengan kadar positif 7.52 peratus. - Foto Bernama