KAPTEN Sepanyol, Sergio Busquets kembali memperkuatkan cabaran La Roja pada baki saingan kumpulan E Euro 2020 selepas disahkan bebas pandemik Covid-19.
Tonggak Barcelona berusia 32 tahun itu sebelum ini positif Covid-19 pada 6 Jun lalu ketika bersiap sedia untuk sesi latihan bersama skuad La Roja di Madrid, menyebabkannya dihantar pulang bagi menjalani kuarantin.