Banjir kilat: Beberapa jalan utama di Kota Kinabalu, Penampang dinaiki air

Iklan
Air melimpahi jalan sekitar Kota Kinabalu dan Penampang dalam kejadian banjir kilat selepas hujan berterusan sejak jam 2 petang Jumaat.

KOTA KINABALU - Beberapa jalan utama di sekitar Kota Kinabalu dan Penampang dinaiki air dalam kejadian banjir kilat selepas hujan berterusan sejak jam 2 petang Jumaat.

Laluan yang dinaiki air itu terjejas dan menyukarkan pergerakan pengguna jalan raya terutama membabitkan kenderaan kecil.

Iklan
Iklan

Antara laluan yang terjejas termasuk Jalan Sulaman berhampiran bangunan pusat beli belah One Borneo, Jalan Lintas, Jalan Tuaran Lama, Jalan Batu 7 Inanam dan beberapa laluan utama di Penampang.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas berkata, pihaknya menerima beberapa panggilan kecemasan daripada pengguna jalan yang terperangkap akibat banjir.

Iklan

"Sembilan anggota dikejar ke lokasi menggunakan jentera serta pasukan EMRS untuk pemeriksaan dan pemantauan namun setakat ini tidak ada pemindahan mangsa dilakukan," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang pula memaklumkan pihaknya belum menerima sebarang panggilan kecemasan berkaitan banjir daripada penduduk di daerah terbabit.

Iklan

"Hanya satu panggilan diterima pada jam 4.54 petang membabitkan pokok tumbang di laluan Jalan Nobunsu menuju ke Pogun Tagazo.

"Sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi untuk melakukan operasi memotong dan mengalihkan pokok tumbang yang menghalang lalu lintas," katanya.

Tambah jurucakap itu, pasukan bomba kini sentiasa bersiap sedia untuk melakukan sebarang operasi termasuk kecemasan jika diperlukan.