Lelaki diserang dengan batang besi ketika bantu lerai pergaduhan

Iklan
Seorang lelaki diserang oleh sekumpulan individu dengan batang besi ketika cuba meleraikan satu pergaduhan dalam kejadian di Jalan 1/18, Taman Intan Baiduri, pada Jumaat. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Niat asal untuk membantu namun seorang lelaki diserang oleh sekumpulan individu dengan batang besi ketika cuba meleraikan satu pergaduhan dalam kejadian di Jalan 1/18, Taman Intan Baiduri, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.57 pagi itu, mangsa diserang oleh empat lelaki dengan sebatang besi dan cedera di kepala serta muka.

Iklan
Iklan

"Hasil siasatan awal mendapati, pergaduhan berpunca dari kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan.

"Suspek yang merupakan salah seorang mangsa kemalangan mengamuk serta memarahi pemandu dua kenderaan lain itu sedangkan kejadian berlaku adalah disebabkan oleh kecuaian suspek sendiri yang melanggar kenderaan di hadapannya," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Menurut Eng Lai, mangsa yang menyaksikan kejadian itu menghampiri sekumpulan individu tersebut untuk meleraikan pergaduhan itu namun secara tiba-tiba dia pula diserang.

"Mangsa diserang oleh empat lelaki lain dengan menggunakan sebatang besi sehingga menyebabkan pengadu mengalami kecederaan di bahagian kepala dan muka.

Iklan

"Setibanya pihak polis di tempat kejadian, kesemua suspek sudah melarikan diri namun salah seorang suspek yang dipercayai mencetuskan pergaduhan berjaya ditahan.

Susulan dari kejadian tersebut, polis menjalankan operasi untuk mengesan suspek yang masih bebas.

"Polis kemudian menahan dua suspek berusia lingkungan umur 24 hingga 29 tahun yang disyaki turut terlibat dalan insiden pergaduhan ini.

Semakan rekod mendapati salah seorang suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau. Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya.