Selesaikan pemberian vaksin kepada warga emas

Iklan
Lee Lam Thye - Foto Bernama

SHAH ALAM - Kerajaan perlu menyelesaikan pemberian vaksin kepada golongan fasa kedua iaitu warga emas berumur 60 tahun ke atas terlebih dahulu sebelum meneruskan pemberian vaksin untuk fasa seterusnya.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, sehingga hari ini masih ramai warga emas yang belum mendapat tarikh untuk divaksin di dalam aplikasi MySejahtera mereka.

Iklan
Iklan

"Lebih membimbangkan terdapat golongan warga emas berisiko tinggi yang mempunyai komorbiditi atau penyakit merbahaya yang lebih dari satu masih belum mendapat vaksin.

"Mereka ini adalah golongan rentan yang sangat berisiko. Justeru, mereka harus segera divaksin bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Berikutan itu, Lam Thye berharap kerajaan dapat memberi keutamaan dengan melengkapkan pemberian vaksin kepada semua golongan fasa kedua berkenaan.

"Kita masih belum menang, tetapi jika kita semua ambil langkah yang proaktif dan mematuhi SOP (prosedur operasi standard) ditetapkan serta sentiasa memakai pelitup muka dan kekalkan jarakan sosial, kita akan menang dan akan mencapai imuniti kelompok menuju ke akhir tahun," katanya.

Iklan

Tambah beliau, kadar pemberian vaksin pada masa ini juga berada pada tahap yang sangat memberangsangkan.

Katanya, setiap hari dilihat berlaku peningkatan jumlah dos pemberian vaksin yang menunjukkan negara berada dalam landasan yang tepat untuk mencapai imuniti kelompok menjelang akhir tahun ini.