1.2 tan dadah ditemui dalam hutan sempadan Thailand-Malaysia

Iklan
Rampasan dadah itu adalah antara yang terbesar di wilayah Satun, dipercayai untuk dihantar ke Malaysia. - Gambar hiasan

SATUN - Pihak berkuasa Thailand merampas kira-kira 1.2 tan heroin dan methamphetamine bernilai hampir satu bilion baht yang ditinggalkan di hutan bakau berhampiran sempadan Malaysia-Thailand di wilayah Satun.

Dalam satu kenyataan, pihak berkuasa Maritim Thailand berkata, dadah yang dibungkus dalam surat khabar dan disembunyikan di dalam 39 peti buah serta plastik sayuran itu dijumpai bertaburan dekat hutan bakau di Khlong Tammalang, daerah Muang pada Khamis.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal mendapati dadah itu dijatuhkan pengedar dan kemudian akan diambil kumpulan lain untuk diedarkan.

"Dadah itu untuk dipasarkan ke negara ketiga," katanya.

Iklan

Media tempatan melaporkan rampasan dadah itu adalah antara yang terbesar di wilayah Satun, dipercayai untuk dihantar ke Malaysia. - Bernama

Iklan