SEMENYIH - Kerajaan PH kini sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menunaikan apa yang dijanjikannya dalam manifesto Harapan pada PRU14 lalu.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan PH seringkali dituduh tidak menunaikan janji, namun ia sebenarnya tidak benar.
Iklan
Iklan
"Dahulu ketika kita pembangkang dan menawarkan janji, kita tidak tahu betapa runcingnya masalah sekarang.
"Kita mahu dan sedaya upaya menunaikannya. Apakah daya, kalaulah apa kita warisi daripada kerajaan terdahulu yang telah tadbir 60 tahun berbanding kerajaan PH yang berusia lapan bulan, berilah kita peluang," katanya.
Beliau berkata, kerajaan PH memberi tawaran secara menyeluruh kepada rakyat, namun ada kekangan kerana perlu memperbaiki keadaan semasa.
"Dalam masa sama, kerajaan PH juga harus meningkatkan ekonomi.
"Kalau kita mahu berjanji itu, ia berdasarkan peruntukan dan kita mampu atau tidak untuk menunaikan janji berkenaan," katanya.